Daris Rajih

Search…View…Copy…Paste…

Imam Hambali Dengan Cubaan Dunia

Setelah bertahun-tahun duduk di dalam penjara, akhirnya Imam Hambali dibebaskan ketika usianya sudah tua. Beliau di penjara semenjak zaman Khalifah Al-Makmum sampai pada masa Khalifah Al-Mu’tashim dan di teruskan pula pada masa Khalifah Al-Wathiq kerana mempertahankan pendiriannya bahawa Al-Quran itu bukan makhluk. Hanya pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil, kerajaan dengan rasminya menyokong kebenaran yang dipertahankan oleh Imam Hambali. Dengan demikian Imam Hambali dibebaskan dari penjara dengan penuh penghormatan.

Sebaik saja dibebaskan dari hukuman penjara, beliau berasa dirinya dihadapkan pada ujian dan cubaan yang kedua. Hal ini bermula apabila beliau dibawa ke istana untuk diberi penghormatan sempena pembebasnya. Khalifah sangat suka dan hormat kepada Imam. Khalifah memberinya hadiah sebuah baju yang sangat bagus dan dipakaikannya sekali oleh baginda. Maka mulalah beliau berasa bahawa hadiah dan penghormatan pada dirinya itu sebagai cubaan dan fitnah secara halus.

Kata beliau:” Saya telah selamat dari bahaya mereka selama ini, tetapi apabila ajal saya sudah hampir datang seperti sekarang ini, saya diuji oleh mereka dengan harta benda dan dunia mereka.”

 

Setelah sambutan di istana selesai, beliau diizinkan balik ke rumah. Beliaupun melangkah, dan sebaik saja tiba di luar istana pakaian bagusyang dihadiahkan oleh Khalifah itu serta merta ditanggalkannya. Beliaupun balik dengan memakai pakaian buruk yang dipakai selama di dalam penjara.

Ketibaan Imam Hambali di rumahnya telah disambut oleh anak- anak, saudara mara dan murid-muridnya. Mereka merasa gembira bercampur sedih melihat Imam itu datang dalam keadaan kurus dan seluruh badannya dengan kesan luka-luka, lebam, kelar dan kesan bakar dari api. Maklumlah selama dalam penjara beliau sentiasa diseksa oleh orang yang bertugas.

Beberapa hari kemudian, cubaan besar telah datang lagi pada diri Imam Hambali, iaitu Khalifah telah datang dengan membawa hadiah berupa wang sebanyak 10,000 dinar. Baginda Khalifah berpesan bahawa wang itu sebagai bantuan bagi beliau dan semua keluarganya yang selama ini menderita kerana kesilapan khalifah-khalifah yang sebelumnya.

Apakah wang sebanyak itu membuat beliau gembira dan senang lenang? Tidak, sekali-kali tidak. Sebaliknya beliau gelisah dan risau dengan wang itu dan maengganggapnya sebagai fitnah dan cubaan yang tidak kurang hebatnya dengan penderitaan didalam penjara. Akibat wang yang banyak itu, Imam Hambali tidak dapat tidur pada malam hari. Pada pagi harinya, Imam Hambali memanggil anaknya, sambil menangis beliau berkata: “Saya tidak dapat tidur pada malam hari. Saya telah selamat dari dari ujian yang diperbuat oleh mereka, tetapi sekarang dalam umur yang sudah tua sebegini saya diuji pula dengan harta dunia mereka.”

Maka dengan tidak menunggu sampai dua hari, Imam Hambali telah mengeluarkan semua wang yang dihadiahkan oleh Khalifah kepada beliau. Semua wang yang diagih-agihkannya kepada para keturunan sahabat Mujahirin dan Ansar dan baki yang masih ada disedekahkan kepada orang yang berhajat. Habislah wang 10,000 dirham itu dalam masa yang singkat. Beliau sendiri tidak menggunakannya.

Perhatian Khalifah Al-Mutawakil terhadap Imam Hambali bukan hanya sekadar menghadiahkan wang 10,000 dirham itu sahaja, tapi masih banyak yang lain lagi. Setaip hari petugas dari istana datang kerumah Imam untuk memeriksa kesihatan beliau. Jika didapati beliau menderita sesuatu penyakit, Khalifah akan menghantar doktor peribadinya untuk mengubat beliau. Selain itu setiap hari pula Khalifah menghantar berbagai-bagai hadiah untuk memenuhi keperluan Imam. Tetapi sebaik sahaja hadiah-hadiah itu diterima, beliau terus sedekahkannya kepada fakir miskin dan orang yang berhajat. Diceritakan bahawa Khalifah Al-Mutawakil sangat ingin berjumpa dengan Imam. Namun Imam sentiasa menolak keinginan Khalifah dengan cara yang baik-baik. Dikemukannya berbagai alasan yang munasabah kepada Khalifah agar baginda tidak menemuinya.

Mengapa Imam Hambali sentiasa menolak apabila ingin ditemui Khalifah? Ya, kerana Imam Hambali dengan kekuatan kashsyafnya dapat mengagak bahawa Khalifah ingin memberinya pangkat dan kedudukan tinggi disamping baginda. Dengan demikian beliau berasa bahawa Khalifah akan mengajaknya untuk mengharungi kemewahan hidup di dunia yang tinggal sejengkal ini.

Sehubungan dengan perasaan itu, beliau berkata:” Ini tidak lain hanyalah fitnah dunia, dan penderitaan pada masa lalu itu adalah fitnah bagi agama.”

Imam Hambali pernah berkata: “Tidak ada bahaya bagi iman melainkan cinta keduniaan, dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik pada perhiasan dunia. Makan apabila iman telah rosak dan hati telah hancur, apa lagi yang dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?.”

March 10, 2008 - Posted by | Imam Hambali, Kisah Sufi

2 Comments »

  1. ….subhannallah…..sungguh sy kagum kepada beliau…..krena mungkin dijaman sekarang sulit sekali mencari orang yang demikian………

    Comment by muhamad al-hayati | November 10, 2009 | Reply

  2. masa allah,semuga menakib beliau bisa kita renungi dan bisa kita jalankan,,amin ya rabbulalamin……alhamdullah

    Comment by Dahriansyah gitu.... | April 2, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: